::jangan sombong!!::
HARI : Hari Terbuka TLDM 2008
TEMPAT : Pengkalan TLDM Lumut
::POS PIAH::
Kita di sini,
golongan berpelajaran, serba moden dan serba tahu.
Mereka di sana,
golongan ingin belajar, serba sederhana...
Kita di sini yang bermewah-mewah,
Ingatlah mereka di sana yang serba payah.
Kita di sini yang serba tahu,
Jangan dilupa mereka yang tidak tahu.
Kita di sini yang mampu,
Hulurkan pada mereka di sana,
yang perlu.
Kita di sini, yang makan kekenyangan,
Rugilah jika tidak syukur pada Tuhan.
Mereka di sana yang berkemahuan,
Sama-sama kita ajak ke jalan kebenaran...
Buat aku di sini,
Aku relakan diri andai ditakdirkan,
untuk aku bersama..
mereka di sana..
Moga-moga Allah merahmati...
::aku di sini::
Mereka sudah biasa seperti ini. Tidak kisah andai kehilangan selipar Jepun yang menjadi alas kaki kerana kaki mereka sudah lali dengan kerikil-kerikil halus, tanah merah dan rumput basah. Sesekali ada juga kaki kecil yang terjengket-jengket bila tumitnya terkena kerikil tajam.. ::sayu:: anak-anak di bandar yang berulit dengan kemewahan, semua yang diingini diperolehi. Malah tiada kisah memberontak meninggi suara kepada dua ibu bapa tika keinginan tidak dipenuhi.
Alhamdulillah, kami (saya dan teman) ditempatkan di sebuah rumah keluarga yang telah memeluk Islam pada 2006. Walaubagaimanapun, dari segi pelaksanaan amalan sebagai seorang Islam, tidaklah dipraktikkan. Sungguhpun begitu, aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya kalimah shahadah telah mereka lafazkan. Allah telah mereka akui sebagai Tuhan Semesta Alam.. Seungkap kata 'Bismillah', itu sahaja yang kami tekankan kepada apak dan amek setiap kali sebelum memulakan pekerjaan. Moga hati mereka terbuka untuk menerima dan mengamalkan ajaran Islam.
Dua kanak-kanak ini adalah Aida dan Azmi, adik-adik kami. Sayu dalam hati bila Aida dengan penuh manja bersama kami ke mana saja kami pergi. Setiap kali kami turun mengambil makanan, kaki kecil itu akan turut sama mengekor di belakang kami. Sesekali, kami kendong anak kecil ini lantaran simpati kerana kaki kecilnya tidak beralas. Azmi pula sangat berbakat dalam melukis. Aku tidak tahu di mana dia melihat gambar helikopter dan kapal terbang tetapi dia dapat melukis dengan 'proportion' yang betul sekalipun garisannya senget-senget. Kami sudah menaruh sayang kepada mereka.
Ini Faridah dan rakan-rakan yang sangat pemalu. Sungguh susah untuk kami dekati pada mulanya. Tetapi, Alhamdulillah lama-kelamaan mereka mula bersuara walaupun dalam nada yang amat perlahan sebelum mula menyanyi lagu ABC diiringi suara sumbang kami.. =)
Bermain getah, inilah yang mereka lakukan di masa lapang, selain berjalan dan mandi-manda di sungai. Bila saja mereka berasa ingin mandi, mereka akan terus membuka baju dan terjun ke sungai. Riang ria kanak-kanak suci ini, mereka tidak tahu apa yang menanti mereka di hadapan sana, jika mereka masih di sini, tidak terdedah kepada dunia luar. Inilah tanggungjawab yang 'aku dan orang-orang seangkatanku' pikul.. Ini amanah kami..
Di rumah kecil apak dan amek, mereka gemar bertandang ke rumah satu sama lain. Berkongsi bahan bacaan yang aku dan rakan bawa dari sini. Saat aku membaca kisah, mata mereka berkelip-kelip memandang; sekejap ke buku dan sesekali kepadaku. Azmi yang paling minat untuk membaca walaupun dia tidak tahu. Dia menyelak satu demi satu mukasurat dengan wajah penuh tandatanya. Aku lihat azam di matanya, dia ingin membaca kandungan buku itu. Aku doakan dia rajin ke sekolah.
Walaupun Aida lebih kecil dari Azmi, Aida lebih cepat menangkap apa yang dibicarakan. Aku terkedu seketika bila Alin, temanku mengkhabarkan Aida tahu dia seorang Islam biarpun umurnya baru berusia 6 tahun kala Alin menunjukkan gambar rehal. Alhamdulillah. ku doakan agar Allah mengirimkan insan-insan yang dapat membantu Aida sekeluarga mengenali Islam dengan lebih dekat.
Beginilah rata-rata bentuk rumah mereka di sana. Ini pun sudah dikira mewah kerana punya tandas yang bertutup. Di rumah apak dan amek, ruang yang didefinisikan sebagai bilik untuk mandi itu cuma dikelilingi tiga keping zink. Di dalam rumah, ada ruang tamu yang sebesar gambar sebelum ini, dapur, dan ruang yang dipisahkan dengan papan sebagai bilik tidur orang perempuan.
::kita di sini, yang terbentang luas jalan-jalan untuk kita tahu dan amalkan Islam sebagai cara hidup, sama-samalah kita laksanakan. Mereka jauh di sana, di gunung-gunung yang bertanah tinggi, sukar untuk pergi sendiri. Sama-sama lah kita doakan agar Allah buka pintu hati mereka untuk menerima hidayahNya. Kita di sini, cukupkah pengamalan kita sebagai seorang Islam, hamba Allah dan khalifah dimuka bumi ini? Andai kita mengimpikan syurga, cukupkah dengan amalan kita yang tidak seberapa ini? Dengan solat yang acapkali terganggu kekhusyukannya. Dengan puasa dalam keadaan berkeluh kesah. Belum lagi dengan perintah Tuhan yang kita persoalkan.. Belum lagi dikira dengan larangan Tuhan yang sungguh senang kita abaikan..
::menghargai::
Baru terasa kenikmatan pancaran mentari yang menyinari..
Setelah kegelisahan mengundang rasa tawakal yang tidak berbelah bagi,
Baru terasa betapa saat ketenangan harus aku syukuri..
Melihat mereka-mereka yang tersasar arah tujuan,.
Tergelincir, jatuh dari jalan yang lurus,.
Aku syukuri aku masih di landasan yang benar..
Ya Allah, terima kasih atas lindunganMu..
Hari ini, perjalanan dari Plaza Tol BB bermula dengan renyai hujan menemani. Sampai di Bukit Merah, rintik hujan bertukar menjadi lebat. Ini kali pertama saya memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Hati tiada henti memohon agar diselamatkan dari segala mara bahaya. Selang beberapa ketika, saya lihat ada kereta yang tersasar jatuh ke sebelah kiri jalan. Dalam hati, saya meohon lagi pada Allah agar memelihara perjalanan saya. Selang tidak beberapa lama, ada lagi kenderaan-kenderaan yang tersasar. Dalam hati, syukur saya panjatkan kerana masih dipelihara.
Sampai di Taiping, hujan reda seketika. Betapa terasa leganya bila matahari memancar terang walaupun masih ada rintik-rintik halus. Selepas melepasi Kuala Kangsar, sekali lagi kerisauan melanda. Apatah lagi kali ini, hujan lebat di bahagian lebuhraya yang agak berbahaya, di kawasan angin lintang, saya tidak ingat nama tempat ini. Kawasaan yang berbukit bukau, selepas keluar dari terowong, memang perlu berhati-hati. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melepasi satu lagi saat mendebarkan dalam perjalanan hari ini.
Sampai ke destinasi jam 4.00 petang, serasa seperti melepasi satu halangan yang sangat merisaukan. Alhamdulillah.. lega..
Erm,. tadi langsung x sempat ambil gambar walopon ada hajat nak mengambil gambar,. Di bawah ni gambar yang diambil sebelum ni, tapi jalan ni jalan yang sama ler dengan jalan petang tadi..
::kesibukan::
Gambar-gambar ni, bukanlah gambar-gambar yang baru diambil. Cuma pengeditannye baru sahaja dilakukan bagi memenuhi tuntutan buat video. Nak kena 'cut' banyak gambar yang dah diletak. Sebab gambar banyak sangat, saya ambil keputusan untuk wakilkan satu peristiwa, satu kolaj jer.. X der idea macamana nak buat.. Kalo ada sebarang komen dan cadangan, kalo kolaj ini ada something wrong somewhere, mohonlah agar diberitahu untuk penambahbaikan. Dengan itu, saya ucapkan ribuan terima kasih..
::kembara::
Firman Allah s.w.t.
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(Surah Az-Zariyat : Ayat 56)
::something to ponder::
Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Suffian Saujana
Susunan Muzik : Bard Muffins Perkusi: Hamzah
* erm,.. masa edit, saiz de 1000 pixels kali 1900 pixels.. Tapi, bila dah upload kat sini,. de jadi kecil.. kalo ada sapa-sapa yang boleh bagi tips berkenaan saiz gambar ni,. harap dapat bantu insan yang baru nak bertatih ni.. Terima kasih..
::photo collage::
Membina diri,..
Dalam langkah memanusiakan manusia..
Menjana tenaga,..
Sebagai kudrat memerah minda,..
Dalam langkah demi langkah,..
::ku di'tag'::
The rules:
1. Share 8 characteristics of a guy/girl you will never date
3. Tag 8 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
8 characteristics of a guy I will never date..
1) Tak menepati masa..
2) Panas baran
3) Suami orang (cam Fazira jekk..)
4) Jack the Ripper.. (pon cam Fazira gak.. hehe..  LOL )
5) Lelaki macam perempuan..
6) Bapak orang..
7) Atuk orang...
8 ) Bukan muhrim saye... ;-)
huhu.. x de idea ler,. coz yang pastinye.. I will never date a guy except my husband.. urm,..  Tu je jawapannye..  :-)
8-)  LOL  8-)  LOL  8-)  LOL  8-)  LOL  8-)  LOL  8-)  LOL  8-)  LOL  8-)  LOL  8-)  LOL  8-)
Hurm,.. Alhamdulillah,. dah selesai Pos Piah n Program Jati Diri Rakan Muda BPR sepanjang minggu ni... Banyak yang dapat,. tapi x dapat nak kongsi sekarang sebab ada benda lagi nak buat.. NAk citer,. panjang.. PA pe pun,. ni antara gambar yang telah diambil masa gi Pos Piah ari tu.. Sekarang ni , bila nampak gunung jer, mesti teringat kat apak, amek, Aida n Azmi,. x lupa gak kat senoi bek Kampung Teras.. $-)  Betapa la kita ni kena bersyukur... Dalam zaman yang serba moden ni, deorang masih lagi hidup dalam gelap bila malam menjelang,. makan dari hasil hutan,. makan nasi setahun sekali,. Apatah lagi nak makan yang mewah-mewah. Sungguhpun ada yang agak berada, ada generator, siap ada rumah yang ada karaoke n astro lagi,.. TApi, ramai gak yang masih lagi guna pelita n masak guna kayu api.. Pape pun,. Moga kitorang dapat pegi lagi lepas ni.. Sayang dah kat senoi-senoi bek Kampung Teras, Pos Piah.. Rindu...  $-)
Kita di sini, mereka,.. nun di sana..Entah bila bisa ketemu lagi..
::sekadar satu persinggahan::
Minggu pertama semester 6 bermula dengan kesibukan yang tiada tara.. Pun terpaksa dilalui dengan segala jenis paksaan dalam diri untuk memulakan langkah pertama.. Sungguhpun terasa payah setelah 3 minggu dimanja tanpa sebarang tugasan di rumah, langkah-langkah kecil telah aku orak,. InsyaAllah akan semakin besar dan pantas dalam beberapa hari lagi. Hambatan tugasan tidak pernah menunggu adanya waktu kerana bak kata Imam Hassan Al-Banna, "Tanggungjawab yang kita ada melebihi waktu yang kita ada".. Sungguhlah.. Dari hari ke hari, ada-ada saja tindakan segera yang perlu diambil.. Walaubagaimanapun, diharapkan dengan kesibukan waktu ini, dapat membunuh segala rasa kemalasan dan kemanjaan yang pernah beranak-pinak dalam jiwa yang lemah ini.
Ingin aku memetik kata-kata Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni dalam bukunya "La Tahzan".
Berhenti dari kesibukan itu kelengahan dan waktu kosong adalah pencuri yang jahat. Berkenaan dengan akal anda, sudah tentu merupakan mangsa empuk yang siap dikoyak-koyak oleh ganasnya terkaman kedua-dua hal tadi; kelengahan dan si 'pencuri'."
Things to be settled by this week,.. :-D
:: video PISMK OUM
:: Bab 3 Kajian Berasaskan Sekolah
:: ISL Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
:: ISL Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan
:: prepare barang untuk ke Pos Piah
Next week,. I won't be around..  $-)
:: 20 hingga 22 Jun 2008
Program Khidmat Kemasyarakatan ke Pos Piah
:: 23 hingga 26 Jun 2008
Program Jati Diri Rakan Muda BPR Zon Utara 2008 di Trolak Country Resort,
Sungkai.
Semuanya harus disiapkan,. Pengurusan masa yang berkesan akan membantu. Tidak lupa doa moga dikuatkan hati untuk melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan.. Hanya kepada-Nya ku memohon agar dititipkan kekuatan dalam menempuhi liku-liku dan perjuangan dalam hidup ini.. Moga segala amal pekerjaan diterima oleh-Nya Yang Maha Esa.. Yang menentukan di mana letaknya kita di dunia yang kekal abadi.. Negeri akhirat yang hakiki.. Moga-moga dilimpahi keberkatan.. Ameen.. :-)
Away...again... =(
Walopon x ramai yang saya kenal dlm FP ni, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi lawat FP saya yang tak seberapa ini.. Moga perkenalan kita dirahmati Allah s.w.t. Saya seronok dapat kawan baru yang ada minat yang sama dalam fotografi n edit-mengedit gambar ni.. Jadi, kalo rajin-rajin.. e-mel le kat saye ye..  :-D
Okies.. Takat ni dulu entry kali ni.. Esok da nak balik Ipoh,.. n bermulalah balik episod kerinduan kepada kampung halaman.. haha.. Dah bape lama tinggal kat hostel.. Bila dah agak tua ni le baru jadik homesick.. Asyik rasa nak balik umah je tiap-tiap minggu.. Nape tah..  $-) Pape pun,. kene la kuatkan semangat jangan asek ingat kat umah jer kan..
Ya Allah.. bantulah hambaMu yang lemah ini dalam menghadapi segala mihnah dan ujian hidup.. Tabahkanlah hati ini dalam perjuangan,.. dan tetapkanlah hati ini dalam ketaatan kepada perintahMu.. Jauhilah aku dari melakukan perkara-perkara yang Engkau murkai.. Ya Allah.. Engkau Yang Menguasai hati-hati.. Tabahkanlah hati ini dalam perjuangan menuntut ilmu.. Ya Allah...