Want your
own Fotopage?













 
bidasari FP
<img src="http://srv.fotopages.com/2/18428240/mata-hati.jpg"></img>
By: along NAZIRAH

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  >  >>]    [Archive]
Sunday, 27-Apr-2008 17:31 Email | Share | | Bookmark
Camping UB @ Kem Sri Keluang, Besut, Ganu

~snap~
~KEMBARA~
~sepohon kayu~
View all 6 photos...
Salam,.. dah lama tak update fp ni. Memang susah sangat nak cari masa, edit gambar and upload ke fp ni. Tapi, untuk menghilangkan ketagihan diri sendiri, saya masukkan je gambar-gambar tanpa pengeditan ini ke sini.. Gambar-gambar ni diambil semasa saya mengikuti perkhemahan unit beruniform di Kem Seri Keluang, Besut. Keseluruhannya, kem ni boleh tahan la.. Tapi, yang tak tahannya, nak kena dengar sesi ceramah yang bersambung-sambung lepas satu sesi ke sesi yang lain tanpa henti. Lagi penat otak ni dari buat kawad kaki kat tengah-tengah panas macam KRS tu.. Tu yang sampai asyik mengangguk-angguk je tu,. sampaikan jurulatih kat depan nak ngajak nyanyi pun masing-masing cam lepat jer, terkelepek dan tak nak ambil port dah..

Tapi, yang paling menyeronokkan, bila dapat jumpa balik kawan-kawan satu sekolah dulu, kawan-kawan masa buat foundation dulu.. Terubat la rindu di hati. Masa buat istana pasir pun seronok jugak. Bila pertandingan dimulakan je, kumpulan saya yang terdiri daripada bangsa Melayu dan Cina ni pun bertungkus-lumus la buat istan a kota ala-ala Taman Tergantung Babylon(padahal sorang pun tak pernah tengok taman tu). hehe... Bila dah siap, yang Chinese kata "macamana kita nak buat bagi istana ni tak nampak macam kubur kami yek?" dan yang Melayu pulak kata, "Alamak, perasan tak pokok kat atas tu macam pokok Kemboja kat atas kubur?huhu.."

Pengalaman paling best, tak tidur malam sebab bertungkus lumus buat gajet. Walaupun kitorang tidaklah pandai membuat gadjet, kitorang redah jugak. Sanggup tak tido malam sebab nak buat gajet. Esoknya ada la pulak yang sampai mamai, siap boleh mengigau masa jurulatih ada kat depan. Tak kurang jugak, mata terkebil-kebil tengok jurulatih, lepas tu terangguk-angguk..Ia kan je la apa yang jurulatih cakap.
Akhir sekali, segala penat lelah berlalu sudah bila dah dikurniakan manikayu I... huhu.. Alhamdulillah,. semua lulus dan layak jad Penolong Pemimpin.

time kasih drJebat.. Mon 28-Apr-2008 06:25
Posted by:bidasari
suker tgk pemandangan laut...damai jer...nice picture Mon 28-Apr-2008 08:13
Posted by:wannsscfs  - [Link]
cakap pasal laut, teringat kitorang nyanyi lagu laut..
"laut, laut, sayang laut, laut, sayang laut, laut, sayang laut, laut... 2x,
Laut warnanya biru,
dalam laut ada penyu,
sotong, ikan dan kuda laut....... hei!!!
ulang laut..2x"
Mon 28-Apr-2008 15:50
Posted by:bidasari
View all 5 comments Add comment


Sunday, 23-Dec-2007 18:24 Email | Share | | Bookmark
~Kamera Sakit~

refleksi
Demi Masa

dah lama tak update nie.... Fri 18-Jan-2008 02:57
Posted by:pian  - [Link]
Haii..salam perkenalan dr zai..boring2 singgah lerr kat my fp... Sat 19-Jan-2008 02:16
Posted by:zai zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
ha'ah.. Sibuk dan tak de capaian internet,.. sebab tu dah lama tak update. sebelum ni nak update, tapi tak dapat pulak,.. tak tau la nape.. Wed 6-Feb-2008 15:49
Posted by:bidasari  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 23-Dec-2007 17:51 Email | Share | | Bookmark
An Apple a Day Keeps the Doctor Away!!!

epal
apple
Gambar masa kamera tengah sakit,..

--------------------------------------------------------------------------------------@
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangakan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatka pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
@---------------------------------------------------------------------------------
Sumber : http://kesihatan2.tripod.com/khasiat_dalam_sebiji_epal.htm

Kebelakangan ni, buah epal Fuji jadi kegemaran. Jadi bekal ke mana saja,..



Care to comment?


Tuesday, 23-Oct-2007 03:38 Email | Share | | Bookmark
Mentari dan senja..

Suatu Senja..
Matahari di balik awan..
Salam Aidilfitri 1428h...

Masa raya hari tu, sepupu main-main kamera,. Sekali kamera pun da rosak.. Walaupun kamera tu tak lah power, tapi, dah banyak jasa de pada saya,.. Sedih la jugak,.. Nak perbaiki, nak kena tunggu poket berisi dulu,..

Ni gambar-gambar yang diambil sebelum-sebelum ni..

Saya paling suka gambar senja tu,.

Gambar matahari tu pulak,. Suka tengok cahaya de yang menerobos di balik awan tu,. Subhanallah,. indah ciptaan Ilahi,.

kamera dah repair lom? Sun 2-Dec-2007 17:56
Posted by:mypokcik
Kamera Alhamdulillah,. dah baik dengan sendirinya bila terjatuh masa kalut-kalut keluar dari Petrosains tempohari,..
Keajaiban ke?? x tau ler,..
Fri 7-Dec-2007 13:50
Posted by:bidasari
Add comment


Friday, 19-Oct-2007 08:53 Email | Share | | Bookmark
Dedaunan...

Tona..
Tetulang daun..
Dari tepi pulak..
View all 4 photos...
Tak de apa yang nak dipostkan. Gambar ni diambil sebelum pulang berhari raya.. Tak reti la nak pilih shot n framing de..

Terima kasih kerna sudi melawat fotopages saya tu....

Salam.. Cantik gambar kat atas tu.. Saya budak baru belajar, jadi nak tanya pada yang dah nampak pro nie,..

>> Tak pro la....saya pun baru belajor.... sekadar hobi je...

Q: Erm.. gambar kat atas tu memang panjang macam tu ke, di'crop' atau dicantum?

>>Oleh kerna saya ni baru balajor guna kamera SLR....saya cuma tau crop je....

Q: Pastu, gambar pokok kelapa yang banyak-banyak kat bawah tu,. suka sangat. Itu gambar tanpa diedit atau diedit? Kalo diedit. guna apa ye? Penah juga nak cuba edit gambar nak bagi jadi macam gambar tu, tapi x jadik pun..

>> Edit sikit kasi contrast... saya guna software Canon punya...pastu adobe photoshop... Tak banyak edit kat gambar tu....

Terakhir,.gambar buah kelapa tu real ea? Mata saya da terkeliru,. sekali macam betul,. sekali macam cut n paste.. Tapi, mesti real kan..

>>Itu memang kelapa betul.....masa ambik gambor tu...siap baring lagi
Fri 19-Oct-2007 16:45
Posted by:alimhanafi  - [Link]
Terima kasih,..

Nak kena belajar amek gambar nih,..
Tue 23-Oct-2007 04:02
Posted by:bidasari
i'me bad. Wed 30-Jan-2008 12:15
Posted by:erwin ngannoy
Add comment


Wednesday, 10-Oct-2007 11:41 Email | Share | | Bookmark
Pokok pelik bagi saya...

Penah tengok?
Lepas hujan
Salam.

GAMBAR 1
Quote:
Gambar ni saya ambil di tempat belajar. Tak tau kalo benda ni biasa. Tapi, bagi saya, pokok ni macam luar biasa. Selalunya pukuk tumbuh kat atas, tapi bila diamat-amati, daun pokok ni macam keluar dari tengah-tengah batang de.. Situasi ni pelik bagi saya.. Tapi, kalau Allah dah kata 'jadilah', tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ni...


GAMBAR 2
Quote:
Erm, gambar ni diambil dari dalam bas. Haha, may be tak de pape kot dalam gambar ni, Tapi SAYA SUKA HUJAN,.. hehe

chantek gmbr lps ujan tu.. Wed 10-Oct-2007 05:02
Posted by:gurly-gurl  - [Link]
Terima kasih sebab jadi orang pertama yang bagi komen,..
Saya budak baru belajar,. Nak ambil gambar pun tak reti lagi.. huhu, tak tau nak pilih shot.
Fri 19-Oct-2007 07:29
Posted by:bidasari
Add comment


Wednesday, 10-Oct-2007 04:39 Email | Share | | Bookmark
Mabuk!!

Mabuk!!
Mabuk dalam menyelesaikan tugasan Pengajian Islam bertajuk "Bentuk-bentuk seni yang diterima dalam Islam". Banyak bahan, tapi terlalu meluas. Walaubagaimanapun, bahan-bahan ni sangat sesuai dengan jiwa dan tentunya sebagai suatu input ke arah pemahaman yang lebih jelas tentang seni Islam yang didasarkan kepada sumber Al-Quran dan Sunnah, serta Tauhid sebagai tunjang utama. Alhamdulillah..

( Tapi, tugasan tu belum siap-siap lagi. )

Quote:
Tugasan ni dah siap lama,.. Alhamdulillah.. Nak upload kat sini, ada lebih kurang 28 muka surat, jadi, saya letak kat sini sikit jer,.. kalo nak lagi,.. boleh bagi emel kat saye.. nanti saye emelkan..

“ … Kesenian terlibat dengan naluri manusia. Kerana itulah sejarah kebudayaan memberitakan bahawa kesenian merupakan suatu aspek kehidupan masyarakat bila dan di mana pun juga. Suatu masyarakat mungkin tidak mengenal wang, bentuk Negara, tidak tahu menulis dan membaca, namun ia pasti mengenal kesenian, sekalipun dalam bentuk yang amat bersahaja, misalnya bunyi gendang atau mendendangkan lagu. Kerana kesenian berkaitan dengan perasaan manusia yang bersifat universal, maka ia ditemui dalam tiap kebudayaan…”

Sebahagian daripada fitrah manusia adalah suka kepada kemudahan dan kecantikan. Dalam kehidupan sehari-hari, manusia lazimnya gemar kepada benda yang cantik dan indah sama ada dari segi pakaian, tempat tinggal, peralatan dan sebagainya. Malahan, manusia suka pula mendengar suara yang merdu dalam bentuk lagu-lagu atau bunyi-bunyian. Dengan ini maka lahirlah puisi dengan bahasa yang indah, dan terciptalah pelbagai ritma bunyi-bunyian yang terhasil daripada berbagai jenis peralatan.
Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Justeru, Islam juga mempunyai pandangan yang positif terhadap kesenian dengan batas-batas tertentu ( Dr. Ismail Harun, 1985).
Konsep Islam tentang kesenian bersetumpu atas dua hadis iaitu:
i) “Sesunggguhnya Allah Maha Indah, Dia suka kepada keindahan.”
ii) “Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia suka kepada kebaikan.”

Allah itu bukan sahaja indah, tetapi juga baik. Berdasarkan hadis ini, dapatlah difahami bahawa keindahan itu perlu berpadu dengan kebaikan. Seandainya sesuatu itu hanya mempunyai nilai keindahan, tetapi tidak mengandungi unsur kebaikan, maka ia ditolak oleh Islam.
Hal ini jelas berkait dengan ciri-ciri keistimewaan Islam iaitu tawazun atau seimbang. Dalam hal kesenian, keseimbangan yang dikehendaki adalah keseimbangan antara nilai estetika dan nilai etika. Hal ini bermaksud, pencapaian nilai estetika tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya sebaliknya dibatasi dengan syara’ yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
Sesungguhnya kesenian Islam adalah kesenian al-Quran (Ismail R. al-Faruqi et all, 1992). Budaya Islam sebenarnya adalah “budaya al-Quran” kerana takrif, struktur, matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat budaya Islam itu semuanya dihasilkan daripada seni penurunan wahyu daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam abad ketujuh masihi.
Orang Islam tidaklah sekadar mendapatkan pengetahuan tentang kebenaran hakiki daripada al-Quran, tetapi juga idea-idea al-Quran tentang alam semula jadi, pengetahuan, institusi sosial, politik dan ekonomi yang diperlukan bagi mengendalikan masyarakat yang sihat. Tanpa wahyu tentang prinsip-prinsip ini, budaya tidak akan dapat dibangunkan. Justeru, aspek-aspek kesenian Islam perlulah mempunyai sifat-sifat al-Quran dari segi asas dan motivasi.
Berdasarkan konsep Islam tentang kesenian, seni Islam dapatlah dirumuskan sebagai ciptaan-ciptaan yang halus dan indah, mempunyai ciri-ciri al-Quran, kaya nilai estetika dan bergabung dengan nilai etika Islam.

2.0 PRINSIP-PRINSIP KESENIAN ISLAM
2.1 Tauhid sebagai prinsip utama estetika
2.2 Seni sebagai alat menyebarkan agama
2.3 Hasil seni menjadi faktor bagi mengingati dan memuji Allah
2.4 Mengelakkan diri daripada menggambarkan ‘hakikat kebenaran agama’


Seni dalam Islam menanam rasa khusyu’ kepada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian, oleh itu seni, dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni, tetapi sebagai seni kerana Allah untuk manusia.
~Dr. Ismail Hamid


Moga bermanfaat untuk semua..
Islam itu agama yang syumul dan Allah itu Maha Adil. Sume orang boleh menyumbang untuk agama Islam via pa pe jer perkara baik yang didasarkan amal buatnya Lillahita'ala.. Insya-Allah..

Dalam kesenian Islam, tiada sebarang perlambangan yang menjadi simbolik dalam kesenian Islam. Pengkaji-pengkaji yang beragama Islam dan bukan beragama Islam yang berlatarbelakang Barat berhujah bahawa terdapat “lambang Islam” yang khusus secara tampaknya yang menggambarkan kekayaan makna untuk difahami oleh penonton dan pendengar. Contohnya, kubah dianggap sebagai kubah syurga, pingat di tengah-tengah permaidani adalah lambang laluan ke syurga dan warna biru dalam hiasan manuskrip adalah lambang infinit iaitu lambang Tuhan. (Ismail R. Faruqi et. all, 1992)

Kesenian Islam juga mengelak dari menggambarkan apa yang dikenali sebagai ‘hakikat kebenaran agama’. Lantaran itu, tidak ada potret Nabi Muhammad s.a.w. yang boleh dianggap sahih. Begitu juga dengan potret para sahabat mahupun isteri-isteri baginda. Umat Islam telah dikejutkan dengan penyiaran 12 karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam pelbagai keadaan pada 30 September 2005 oleh akhbar harian terbesar Denmark, Jyllands-Posten, (Al-Islam, Februari 2006). Hal ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana karikatur-karikatur tersebut menghina agama Islam.

Erm,.. faham x?
Tue 20-May-2008 22:50
Posted by:bidasari  - [Link]
alhamdulillah dah faham, emel juga dah terima...jzkk arigatou gozaimasu! Wed 21-May-2008 03:59
Posted by:falah farasanno@yahoo.com  - [Link]
nk tau bentuk-bentuk seni islam...
Sun 8-Feb-2009 02:28
Posted by:jk
View all 7 comments Add comment


Thursday, 4-Oct-2007 01:55 Email | Share | | Bookmark
Percubaan pertama...

Langit Lazuardi
Gunung Mencincang 2007
Bismillahirrahmaanirrahiim...
Posting pertama sejak mendaftar...



Gambar pertama diambil semasa di Pulau Tuba, awal tahun ini. Saat teman-teman mengacukan lensa kamera pada wajah-wajah ceria, saya mendongak ke langit, mengacu lensa pada kebiruan langit yang cerah ceria. Subhanallah!!! Betapa indah.

Gambar Gunung Mencincang turut diambil pada awal tahun ini. Pengalaman pertama menaiki kereta kabel. Hati sedikit gusar saat melangkah masuk bersama lima lagi rakan. Bunyinya menggetar rasa. Debaran di dada tidak berterusan lantaran keterujaan saya melihat panorama lebih mengasyikkan dari melayan rasa di jiwa. Subhanallah!!!

salam...
sori sis...
he is my fren...
Wed 28-May-2008 12:54
Posted by:mawarku indah
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.