Want your
own Fotopage?













 
bidasari FP
<img src="http://srv.fotopages.com/2/18428240/mata-hati.jpg"></img>
By: along NAZIRAH

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Sunday, 24-Aug-2008 00:57 Email | Share | | Bookmark
::reACTIVATE!!!!::

::bangkit dari lena...::
Salam... Dah lama tak update FP ni. Sekarang dah start praktikum. Tak sangka sibuk sangat sampai tak sempat nak wat kerja-kerja sampingan.. Masa cuti seminggu pulak, dah macam hibernate pulak. Tak wat papepun.. Ya Allah, tak tau la nak jadi ape.. Walau apa pun, hopefully naik cuti ni, ada semangat baru yang hadir. JANGAN LEKA LAGI!!!!





Nak kongsi lirik lagu UNIC, Mencari Yang Maha Satu... Terkadang diri alpa dan leka, namun segeralah kembali kepadaNYA..




Quote:

MENCARI YANG MAHA SATU
~UNIC~

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

Di dalam menjalani
Tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya ada yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diriku memerlukan
Petunjuk dari Mu oh Ilahi

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di setiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya
Ku terima seadanya

Ku cari terus ke situ
Itulah petunjuk hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMu

Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

Agar tidak tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu Oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud
Ke pangkuanMu memohon ampun dariMu
Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kiniku mengakui keagunganMu
Yang membuatku sedar siapa diriku ini

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
Bermulalah cerita nak dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa
Wujud aku cita dan cinta
Segala yang ada bermula dari
Yang Maha Esa
Aku akui ada angkah serongku
Taklah hjasratku setajam itu
Yang amat kurisau
Lidah hujan dibanjiri fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu
Doa-doa dipohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluanku ke sana
Dewasakan pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silapku berkarya tak pernah ku salah guna

Kau Yang Maha Satu
Kau Yang Maha Satu
Kau Yang Maha Satu
Kau Yang Maha Satu


*****************************************************************************************************
Tambah isu semasa sikit.

Semalam berlangsungnya perlawanan bola sepak di antara Kedah menentang Selangor bagi merebut Piala Malaysia. Alhamdulillah, Kedah menang 3-2. Pa pepun, pujian saya berikan kepada Suffian, penjaga gol Selangor yang bermain dengan seluar panjang. Hopefully, bukan sebab padang lecak ke apa.. N sangat berharap satu hari nanti, pemain-pemain bola sepak di Malaysia pakai pakaian menutup aurat time main, kite kan negara Islam, patut jadi contoh yang baik pada semua. Rasanya, tak salah pun main pakai seluar panjang. Masa kecik-kecik dulu main bola masa PJ kat sekolah, boleh je pakai seluar tracksuit kan..

Ini je buat masa ni. InsyaAllah, kalo ada masa, saye update lagi..

Thanks akak, lepas ni boleh praktis InsyaAllah.. Bukan senang nak khusyuk dalam solat... Ada saja yang mengalih tumpuan, time2 nak solat tu la dok teringat macam2.. huhu.. Sun 24-Aug-2008 18:56
Posted by:bidasari  - [Link]
::: askm bidasari wassuupp?!!! eh, nama tajuk mcm kenal plak [hehehe]..
::: haa nih pon dah lama tutup kedaii la nih.. sama ler kita & kak rina khan
::: lawanyeeerrr pix atas tuh beautiful sgt.. tak puas nak tengok rasa..
::: bidasari captured di mana? canteekklaa.. bila letak lirik macam dalam
::: majalj plak tengok.. niceeee.. keep on shooting bidasari..
~
Mon 25-Aug-2008 10:11
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Salam.. Kalo x kenal, tak tau la.. Sebab memang terinspirasi masa terbuka FP :::ReActivate::: pun.. Gambar tu masa kat Pulau Tuba, Actually, dah diedit skit dari segi contrast.. Pe pun, Jauh lagi la kalo nak sampai ke tahap :::ReActivate::: Pape pun, tq for visiting my FP. Tue 26-Aug-2008 08:28
Posted by:bidasari  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 4-Aug-2008 07:56 Email | Share | | Bookmark
::jangan sombong!!::

(al-Isra':37)


HARI : Hari Terbuka TLDM 2008
TEMPAT : Pengkalan TLDM Lumut

peringatan yg baik... Mon 11-Aug-2008 17:18
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
Peringatan buat diri juga... Sun 17-Aug-2008 22:49
Posted by:bidasari
wah byknya soklan dia..hehe..takpe akak dah jawab kat FP akak tu Fri 22-Aug-2008 02:11
Posted by:Liya  - [Link]
Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 07:32 Email | Share | | Bookmark
::POS PIAH::

::alah bisa tegal biasa::
::mereka Muslim::
::pemalu::
View all 6 photos...
::POS PIAH:: harapanku agar bisa ke sana kembali...

Kita di sini,
golongan berpelajaran, serba moden dan serba tahu.
Mereka di sana,
golongan ingin belajar, serba sederhana...

Kita di sini yang bermewah-mewah,
Ingatlah mereka di sana yang serba payah.

Kita di sini yang serba tahu,
Jangan dilupa mereka yang tidak tahu.

Kita di sini yang mampu,
Hulurkan pada mereka di sana,
yang perlu.

Kita di sini, yang makan kekenyangan,
Rugilah jika tidak syukur pada Tuhan.

Mereka di sana yang berkemahuan,
Sama-sama kita ajak ke jalan kebenaran...

Buat aku di sini,
Aku relakan diri andai ditakdirkan,
untuk aku bersama..
mereka di sana..
Moga-moga Allah merahmati...

::aku di sini::


Mereka sudah biasa seperti ini. Tidak kisah andai kehilangan selipar Jepun yang menjadi alas kaki kerana kaki mereka sudah lali dengan kerikil-kerikil halus, tanah merah dan rumput basah. Sesekali ada juga kaki kecil yang terjengket-jengket bila tumitnya terkena kerikil tajam.. ::sayu:: anak-anak di bandar yang berulit dengan kemewahan, semua yang diingini diperolehi. Malah tiada kisah memberontak meninggi suara kepada dua ibu bapa tika keinginan tidak dipenuhi.


Alhamdulillah, kami (saya dan teman) ditempatkan di sebuah rumah keluarga yang telah memeluk Islam pada 2006. Walaubagaimanapun, dari segi pelaksanaan amalan sebagai seorang Islam, tidaklah dipraktikkan. Sungguhpun begitu, aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya kalimah shahadah telah mereka lafazkan. Allah telah mereka akui sebagai Tuhan Semesta Alam.. Seungkap kata 'Bismillah', itu sahaja yang kami tekankan kepada apak dan amek setiap kali sebelum memulakan pekerjaan. Moga hati mereka terbuka untuk menerima dan mengamalkan ajaran Islam.

Dua kanak-kanak ini adalah Aida dan Azmi, adik-adik kami. Sayu dalam hati bila Aida dengan penuh manja bersama kami ke mana saja kami pergi. Setiap kali kami turun mengambil makanan, kaki kecil itu akan turut sama mengekor di belakang kami. Sesekali, kami kendong anak kecil ini lantaran simpati kerana kaki kecilnya tidak beralas. Azmi pula sangat berbakat dalam melukis. Aku tidak tahu di mana dia melihat gambar helikopter dan kapal terbang tetapi dia dapat melukis dengan 'proportion' yang betul sekalipun garisannya senget-senget. Kami sudah menaruh sayang kepada mereka.


Ini Faridah dan rakan-rakan yang sangat pemalu. Sungguh susah untuk kami dekati pada mulanya. Tetapi, Alhamdulillah lama-kelamaan mereka mula bersuara walaupun dalam nada yang amat perlahan sebelum mula menyanyi lagu ABC diiringi suara sumbang kami.. =)


Bermain getah, inilah yang mereka lakukan di masa lapang, selain berjalan dan mandi-manda di sungai. Bila saja mereka berasa ingin mandi, mereka akan terus membuka baju dan terjun ke sungai. Riang ria kanak-kanak suci ini, mereka tidak tahu apa yang menanti mereka di hadapan sana, jika mereka masih di sini, tidak terdedah kepada dunia luar. Inilah tanggungjawab yang 'aku dan orang-orang seangkatanku' pikul.. Ini amanah kami..


Di rumah kecil apak dan amek, mereka gemar bertandang ke rumah satu sama lain. Berkongsi bahan bacaan yang aku dan rakan bawa dari sini. Saat aku membaca kisah, mata mereka berkelip-kelip memandang; sekejap ke buku dan sesekali kepadaku. Azmi yang paling minat untuk membaca walaupun dia tidak tahu. Dia menyelak satu demi satu mukasurat dengan wajah penuh tandatanya. Aku lihat azam di matanya, dia ingin membaca kandungan buku itu. Aku doakan dia rajin ke sekolah.

Walaupun Aida lebih kecil dari Azmi, Aida lebih cepat menangkap apa yang dibicarakan. Aku terkedu seketika bila Alin, temanku mengkhabarkan Aida tahu dia seorang Islam biarpun umurnya baru berusia 6 tahun kala Alin menunjukkan gambar rehal. Alhamdulillah. ku doakan agar Allah mengirimkan insan-insan yang dapat membantu Aida sekeluarga mengenali Islam dengan lebih dekat.


Beginilah rata-rata bentuk rumah mereka di sana. Ini pun sudah dikira mewah kerana punya tandas yang bertutup. Di rumah apak dan amek, ruang yang didefinisikan sebagai bilik untuk mandi itu cuma dikelilingi tiga keping zink. Di dalam rumah, ada ruang tamu yang sebesar gambar sebelum ini, dapur, dan ruang yang dipisahkan dengan papan sebagai bilik tidur orang perempuan.

::kita di sini, yang terbentang luas jalan-jalan untuk kita tahu dan amalkan Islam sebagai cara hidup, sama-samalah kita laksanakan. Mereka jauh di sana, di gunung-gunung yang bertanah tinggi, sukar untuk pergi sendiri. Sama-sama lah kita doakan agar Allah buka pintu hati mereka untuk menerima hidayahNya. Kita di sini, cukupkah pengamalan kita sebagai seorang Islam, hamba Allah dan khalifah dimuka bumi ini? Andai kita mengimpikan syurga, cukupkah dengan amalan kita yang tidak seberapa ini? Dengan solat yang acapkali terganggu kekhusyukannya. Dengan puasa dalam keadaan berkeluh kesah. Belum lagi dengan perintah Tuhan yang kita persoalkan.. Belum lagi dikira dengan larangan Tuhan yang sungguh senang kita abaikan..

Ya Allah,wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati. tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepada perintahMu.. Jauhkanlah kami dari perkara yang menimbulkan murkaMu.. Aku pohon petunjuk dan hidayahMu, dalam mengharungi perjalanan kehidupan ini.

RE:
kak Liya:: betul...
Abah along:: kat mana tu abah? Kawan saya kata kat jalan nak ke Tapah ada gak satu. Ustaz JAIPk pun ada cerita.. Sedih..
Fazira:: Caiyok!! hehe.. mak bapak pon kena didik anak-anak jugak.. hehe... InsyaAllah saya sampaikan salam tu..
Wed 30-Jul-2008 07:58
Posted by:bidasari  - [Link]
Re: Salam Along, akak kat sini teman husband study je..tak keje n tak study pon..ngadap internet je InsyaAllah nnt hantar umar tadika kat sini.. Along pulak tgh study kan..kat mana, tahun brp n course ape? (Mari kite tanye dia byk2 pulak.. hehehe ) Wed 30-Jul-2008 23:56
Posted by:Liya  - [Link]
Betapa bertuahnya dilahirkan sebagai seorang Islam ................
Berapa ramai berfikir begini
Sun 3-Aug-2008 09:58
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 20-Jul-2008 19:14 Email | Share | | Bookmark
::menghargai::

::terowongan::
::kabus::
Setelah hujan lebat yang mengehadkan pandangan mata kulalui,
Baru terasa kenikmatan pancaran mentari yang menyinari..

Setelah kegelisahan mengundang rasa tawakal yang tidak berbelah bagi,
Baru terasa betapa saat ketenangan harus aku syukuri..

Melihat mereka-mereka yang tersasar arah tujuan,.
Tergelincir, jatuh dari jalan yang lurus,.
Aku syukuri aku masih di landasan yang benar..
Ya Allah, terima kasih atas lindunganMu..

Hari ini, perjalanan dari Plaza Tol BB bermula dengan renyai hujan menemani. Sampai di Bukit Merah, rintik hujan bertukar menjadi lebat. Ini kali pertama saya memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Hati tiada henti memohon agar diselamatkan dari segala mara bahaya. Selang beberapa ketika, saya lihat ada kereta yang tersasar jatuh ke sebelah kiri jalan. Dalam hati, saya meohon lagi pada Allah agar memelihara perjalanan saya. Selang tidak beberapa lama, ada lagi kenderaan-kenderaan yang tersasar. Dalam hati, syukur saya panjatkan kerana masih dipelihara.

Sampai di Taiping, hujan reda seketika. Betapa terasa leganya bila matahari memancar terang walaupun masih ada rintik-rintik halus. Selepas melepasi Kuala Kangsar, sekali lagi kerisauan melanda. Apatah lagi kali ini, hujan lebat di bahagian lebuhraya yang agak berbahaya, di kawasan angin lintang, saya tidak ingat nama tempat ini. Kawasaan yang berbukit bukau, selepas keluar dari terowong, memang perlu berhati-hati. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melepasi satu lagi saat mendebarkan dalam perjalanan hari ini.

Sampai ke destinasi jam 4.00 petang, serasa seperti melepasi satu halangan yang sangat merisaukan. Alhamdulillah.. lega..

Erm,. tadi langsung x sempat ambil gambar walopon ada hajat nak mengambil gambar,. Di bawah ni gambar yang diambil sebelum ni, tapi jalan ni jalan yang sama ler dengan jalan petang tadi..


salam...maaf lewat reply...insyaallah apa yg saya tahu x salah untuk dikongsikan bersama. tp saya x de la pandai sgt..ada la skit beberapa ilmu. ilmu nie kan pemberian dr Allah..so kita harus mensyukuri segala nikmat pemberiannya.. mungkin saudara boleh bg alamat email pd saya..sbb rasa mcm x berapa sesuai untuk ajar melalu ruang komen nie..lg satu via e mail..agak memudahkan. thanx.

"hanya gerhana bukan terbenamnya matahari"
Sat 26-Jul-2008 03:17
Posted by:kabussenja PHOTOGRAPHY  - [Link]
Itulah ada orang suruh letakkan hp atau wireless dalam kubur nak dengar siksaan kubur.Dalam terowong pun dah tak ada line Sat 26-Jul-2008 16:55
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
RE::
fazira:: tq..
kabussenja:: Syukran..
Pemancing Ikan:: hehe.. boleh lah pulak nak masukkan hp dalam kubur.. buat bazir duit je.. Kalo Allah nak tunjuk, tak yah letak handphone pun dah boleh dengar.. Kalo sume manusia boleh dengar azab kubur orang yang dah meninggal dunia, mesti sume jadik baik jer..
Sun 27-Jul-2008 07:31
Posted by:bidasari  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 18:46 Email | Share | | Bookmark
::kesibukan::

::orienteering@PL::
::kayak@PL::
::pendaftaran@06::
View all 6 photos...
Salam.. Wah.. rindunyer dengan FP. Dah lama tak update. Al-maklumlah, sekarang ni sibuk sangat-sangat. Tambahan pula minggu ni pelatih baru dah mendaftar. Jadi, sibuk ler dengan aktiviti untuk adik-adik ni. Erm,. banyak yang nak diungkapkan di sini, walau macamanapun, kekangan masa membatasi segalanya. Walopon banyak lagi gambar dan kisah yang ingin dikongsi bersama seperti Pos Piah, Kem BPR, dan berbagai kisah lagi, namun dalam masa yang sedikit ini, hanya beberapa gambar yang dapat dikongsikan di sini.
Gambar-gambar ni, bukanlah gambar-gambar yang baru diambil. Cuma pengeditannye baru sahaja dilakukan bagi memenuhi tuntutan buat video. Nak kena 'cut' banyak gambar yang dah diletak. Sebab gambar banyak sangat, saya ambil keputusan untuk wakilkan satu peristiwa, satu kolaj jer.. X der idea macamana nak buat.. Kalo ada sebarang komen dan cadangan, kalo kolaj ini ada something wrong somewhere, mohonlah agar diberitahu untuk penambahbaikan. Dengan itu, saya ucapkan ribuan terima kasih..





Kesibukan tiada kesudahan
Belajar
kerja
kahwin jaga anak
kahwinkan anak.............
jangan kena jaga cucu lagi sudahlah
Wed 16-Jul-2008 22:08
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
best nyer bekayak Thu 17-Jul-2008 11:50
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
RE:
sfawani:: Terima kasih.
Pemancing Ikan:: Tanggungjawab melebihi masa yang kita ada..
Fazira:: Sangat seronok ye.. selekoh demi selekoh,. sampai lenguh, lenguh, lenguh lengih tangan ini. Tapi, memang sangat menyeronokkan,..
Fri 18-Jul-2008 02:57
Posted by:bidasari  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 7-Jul-2008 07:13 Email | Share | | Bookmark
::kembara::

::pelayaran hidup::
Hidup ini ibarat sebuah kembara mengharungi lautan kehidupan. Suatu hari nanti, akan bertemu tempat tujuan. Andai dari awal haluannya benar, bertemulah kita dengan tempat tuju yang sebenar. Andai jati diri rapuh dek badai yang mengubah haluan, tempat tujunya takut tersalah.. Kembalilah kepada arah tuju sebenar,. hakikat penciptaan insan kerdil bernama manusia, dalam pengabdian kepada Yang Esa.

Quote:
Firman Allah s.w.t.
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(Surah Az-Zariyat : Ayat 56)




    " Akan aku palingkan dari tanda-tanda (kekuasaan-Ku) orang-orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat setiap tanda (kekuasaan-Ku) mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak (akan) menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya." (Al-A'raf : 146)

wahhhhh dia dah pandai editing la skarang. bagus-bagus. best nyer tempat ni. ayer dia pun lawa Thu 10-Jul-2008 04:40
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
Semoga kita 'mengembara" ke arah yg diredhaiNya..
ps: kalo nak upload gambo yg besar lagi try pakai flicker.
Thu 10-Jul-2008 13:36
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
RE:

Pemancing Ikan : Anda memang gemar dengan bahasa ya?
Fazira : Baru nak mencuba jer.. Ni kat Pangkor, Pantai Pasir Bogak. Pegi la.. Bukan jauh sangat dah pon kan.. hehe..
ScHoePenToeTer : terima kasih atas tips yang diberi.
Thu 10-Jul-2008 16:40
Posted by:bidasari  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 3-Jul-2008 15:16 Email | Share | | Bookmark
::something to ponder::

::apa yang kita inginkan::
::apa::
::yang kita inginkan::
Sekadar berkongsi sms yang diterima dari rakan-rakan..




Quote:
Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Suffian Saujana
Susunan Muzik : Bard Muffins Perkusi: Hamzah


    erm,.. masa edit, saiz de 1000 pixels kali 1900 pixels.. Tapi, bila dah upload kat sini,. de jadi kecil.. kalo ada sapa-sapa yang boleh bagi tips berkenaan saiz gambar ni,. harap dapat bantu insan yang baru nak bertatih ni.. Terima kasih..


CANTEK HA ADEK BUAT EDITING... Fri 4-Jul-2008 03:22
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
POKOK GONCAR TEPI SAWAH
POKOK KANGKONG DALAM SUNGAI
KATA NAN INDAH PENUH HIKMAH
SUPAYA KITA TIDAK TERLALAI
Sat 5-Jul-2008 05:18
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Salam along..thanks visit FP akak..cantik gambar batu, awan n lalang tu..kalau tampal gambar tu satu2 mesti nampak lagi cun sbb gambar dlm edit tu nampak kecik je..akak biasa upload kat photobucket.com then baru paste URL kat FP..kat photobucket masa upload tu boleh pilih saiz ape yg kite nak.. Mon 21-Jul-2008 06:52
Posted by:Liya  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 08:09 Email | Share | | Bookmark
::photo collage::

::bina insan guru @ Pulau Pangkor::
Just trying to use the photocollage yang didownload dari freebie kits,.. cube-cube je la sebab tertarik sangat dengan digital scrapbooking yang dibuat oleh kc ( http://izaown.fotopages.com ), hasilnye ni je.. sempoi n simple.. len kali ada masa banyak2 nak try yang len pulak.. InsyaAllah..



Membina diri,..
Dalam langkah memanusiakan manusia..
Menjana tenaga,..
Sebagai kudrat memerah minda,..
Dalam langkah demi langkah,..
Seorang arkitek membina insan...

ScHoePenToeTer :: terima kasih... Thu 3-Jul-2008 15:37
Posted by:bidasari  - [Link]
Tak payah lentur atau usik rebung
Buluh kalau tak diganggu dia akan tumbuh lurus
Ini pasal dok kacau dia lah yg jadi herot petot (persekitaran le tu)
Thu 3-Jul-2008 15:39
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
yer.. boleh diterima.. nanti kalo dapat ilmu peribahasa Melayu orang dulu-dulu nape nak lentur bulu dari rebung, saye tulis kat sini.. (huhu..ada hati nak lawan orang tua dak along nazirah ni.. ) Thu 3-Jul-2008 19:31
Posted by:bidasari  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 27-Jun-2008 16:44 Email | Share | | Bookmark
::ku di'tag'::

::sukaneka::
::their house::
::pemalu::
View all 4 photos...
Salam,.. Thanks Fazira sebab men'tag' saye.. Saye sebenarnya x tau nak cakap apa.. huhu.. Pape pun, ni je jawapan saya...

.......................................................................................................................................................
The rules:
1. Share 8 characteristics of a guy/girl you will never date
3. Tag 8 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
............................................................................................................................................................

8 characteristics of a guy I will never date..

1) Tak menepati masa..
2) Panas baran
3) Suami orang (cam Fazira jekk..)
4) Jack the Ripper.. (pon cam Fazira gak.. hehe.. )
5) Lelaki macam perempuan..
6) Bapak orang..
7) Atuk orang...
8 ) Bukan muhrim saye...

huhu.. x de idea ler,. coz yang pastinye.. I will never date a guy except my husband.. urm,.. Tu je jawapannye..



Hurm,.. Alhamdulillah,. dah selesai Pos Piah n Program Jati Diri Rakan Muda BPR sepanjang minggu ni... Banyak yang dapat,. tapi x dapat nak kongsi sekarang sebab ada benda lagi nak buat.. NAk citer,. panjang.. PA pe pun,. ni antara gambar yang telah diambil masa gi Pos Piah ari tu.. Sekarang ni , bila nampak gunung jer, mesti teringat kat apak, amek, Aida n Azmi,. x lupa gak kat senoi bek Kampung Teras.. Betapa la kita ni kena bersyukur... Dalam zaman yang serba moden ni, deorang masih lagi hidup dalam gelap bila malam menjelang,. makan dari hasil hutan,. makan nasi setahun sekali,. Apatah lagi nak makan yang mewah-mewah. Sungguhpun ada yang agak berada, ada generator, siap ada rumah yang ada karaoke n astro lagi,.. TApi, ramai gak yang masih lagi guna pelita n masak guna kayu api.. Pape pun,. Moga kitorang dapat pegi lagi lepas ni.. Sayang dah kat senoi-senoi bek Kampung Teras, Pos Piah.. Rindu...




Kita di sini, mereka,.. nun di sana..Entah bila bisa ketemu lagi..

kamu taknak dating ngan bukan muhrim kamu? takkan nak dating ngan abang kamu kot? err... camne nak kawen? Wed 2-Jul-2008 05:24
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
yups.. saye tak de abang,. ade adik2 lelaki jer.. Saya nak dating dengan 'SUAMI' saye je.. boleh? Sebab bila dah bergelar 'SUAMI n ISTERI', selepas 'aku terima nikahnya...' baru le dapat lesen untuk kuar same2... Wed 2-Jul-2008 15:52
Posted by:bidasari  - [Link]
Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 06:28 Email | Share | | Bookmark
::sekadar satu persinggahan::

::my class::
Salam,..

Minggu pertama semester 6 bermula dengan kesibukan yang tiada tara.. Pun terpaksa dilalui dengan segala jenis paksaan dalam diri untuk memulakan langkah pertama.. Sungguhpun terasa payah setelah 3 minggu dimanja tanpa sebarang tugasan di rumah, langkah-langkah kecil telah aku orak,. InsyaAllah akan semakin besar dan pantas dalam beberapa hari lagi. Hambatan tugasan tidak pernah menunggu adanya waktu kerana bak kata Imam Hassan Al-Banna, "Tanggungjawab yang kita ada melebihi waktu yang kita ada".. Sungguhlah.. Dari hari ke hari, ada-ada saja tindakan segera yang perlu diambil.. Walaubagaimanapun, diharapkan dengan kesibukan waktu ini, dapat membunuh segala rasa kemalasan dan kemanjaan yang pernah beranak-pinak dalam jiwa yang lemah ini.

Ingin aku memetik kata-kata Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni dalam bukunya "La Tahzan".
Quote:
Berhenti dari kesibukan itu kelengahan dan waktu kosong adalah pencuri yang jahat. Berkenaan dengan akal anda, sudah tentu merupakan mangsa empuk yang siap dikoyak-koyak oleh ganasnya terkaman kedua-dua hal tadi; kelengahan dan si 'pencuri'."


Things to be settled by this week,..
:: video PISMK OUM
:: Bab 3 Kajian Berasaskan Sekolah
:: ISL Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
:: ISL Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan
:: prepare barang untuk ke Pos Piah

Next week,. I won't be around..
:: 20 hingga 22 Jun 2008
Program Khidmat Kemasyarakatan ke Pos Piah
:: 23 hingga 26 Jun 2008
Program Jati Diri Rakan Muda BPR Zon Utara 2008 di Trolak Country Resort,
Sungkai.

Semuanya harus disiapkan,. Pengurusan masa yang berkesan akan membantu. Tidak lupa doa moga dikuatkan hati untuk melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan.. Hanya kepada-Nya ku memohon agar dititipkan kekuatan dalam menempuhi liku-liku dan perjuangan dalam hidup ini.. Moga segala amal pekerjaan diterima oleh-Nya Yang Maha Esa.. Yang menentukan di mana letaknya kita di dunia yang kekal abadi.. Negeri akhirat yang hakiki.. Moga-moga dilimpahi keberkatan.. Ameen..


RE::

afiq :: saya suka quote tu.. time kasih..
ScHoePenToeTer :: InsyaAllah... Thanks for the doa.. Gambar tu gambar kat Institut Perguruan Ipoh,.. cam dak sekolah ke gaya kitorang?? Hehe.. Menjiwai profesion kot..
Sun 22-Jun-2008 09:55
Posted by:bidasari  - [Link]
sori teman, anda telah di tag

The rules:
1. Share 8 characteristics of a guy/girl you will never date
3. Tag 8 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.
Sun 22-Jun-2008 10:14
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
ArtCreative Photography adalah sebuah syarikat yg menyediakan perkhidmatan
fotografi perkahwinan yg bertapak di Johor Bahru sejak 10 tahun yg
lalu,dengan menekankan konsep creative wedding photography dalam
pembikinan serta penghasilan album perkahwinan, pasti satu kelainan yg
kami berikan kepada anda. Kami juga menyediakan pakej-pakej menarik utk
fotografi perkahwinan.Rakamkan detik indah anda bersama kami...setiap
gambar pasti ader ceritanya...
Mon 23-Jun-2008 07:48
Posted by:ArtCreative Photography  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.