Want your
own Fotopage?








 
bidasari FP
<img src="http://srv.fotopages.com/2/18428240/mata-hati.jpg"></img>
By: along NAZIRAH

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 22-Apr-2009 01:26 Email | Share | | Bookmark
::Projek Hujung Minggu::

~sushi~
~muffin~
~choc muffin~
~puding karamel~


Sushi comot yang telah dihasilkan...




Coklat muffin dengan strawberry.




Puding karamel. Terasa kemanisannya...

Cam sedap jaa.. Mon 20-Jul-2009 17:14
Posted by:Schopentoeter  - [Link]
ni bukan lagi projek tapi dah projek projek he he


Entryku kali ini

Sampah sarap bertabur di jalan
Kutip semua masuk ke keranjang
Pandai buat kotor pandailah bersihkan
Tak perlu suruh, semua dah besar panjang
Tue 4-Aug-2009 15:17
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Monday, 23-Feb-2009 15:51 Email | Share | | Bookmark
Another Me....

::jemput ke teratak baru..::
Salam..

Pertama-tamanya, ampun dan maaf dipinta atas ketiadaan posting-posting terbaru.. Sungguh sibuk buat masa ini. Walaubagaimanapun, saudara-saudari, pengunjung FP ni, jemputlah ke teratak baru saya,

http://www.alongnazirah.blogspot.com

Sekadar sedikit coretan dari insan yang kerdil ini. Gambar-gambar di FP ini, INsyaAllah, akan diupload juga,. Cuma, masanya tak tau la bila.. Maaf ye..

check it out...... syednahar.blogspot.com Sat 11-Apr-2009 04:45
Posted by:Pakcik
Add comment


Sunday, 18-Jan-2009 14:19 Email | Share | | Bookmark
Save PALESTINE!!!

oum pj...
Bom fosforus yang digunakan rejim Zionis di Gaza.


KEMPEN IPIP BERSAMA PALESTIN
"PEDULI PALESTIN: Jangan Hanya Berdiam Diri!!"

Jumaat lalu, kami adakan kempen IPIP bersama Palestin bagi membantu menyebarkan info-info berkenaan Palestin kepada seluruh warga IPGM Kampus Ipoh ini. Walaupun dalam keadaan yang agak adhoc, Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
[img]

Add comment


Thursday, 9-Oct-2008 05:00 Email | Share | | Bookmark
::PUASA 6 YUK...::

::yuk...puasa 6::
Salam... Erm.. Still x sempat nak update lagi... Banyak program sekarang ni.. Tambah pulak nak exam dah tak lama lagi dah.. Papepun, dalam awal-awal Syawal ni, walopon sibuk kita menerima undangan rumah terbuka, cubalah kita luangkan masa untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni...

Jom puasa 6!!!...



Latarbelakang diambil dari beatroot.blogspot.com

::: askm along nazirah wassuuuupp? [huhu] salam lebaran ke-16..
::: semoga mood beraya itu masih segar dgn penerimaan undangan
::: open house di kalangan rakan2.. amacam raya tahun nih? ok ker?
::: pasti meriah berbanding tahun2 yg lalu.. saya pon rasa begitu..
::: sonok sgt sampaii taknak abis raya [hehe] time nih ler dpt makan
::: sedap2, makan free [hehe] berbaju melayu [biasanyer tak] jumpa
::: saudara/rerakan, main bunga api [huhu], ziarah pusara di kampung
::: dan macam2 leer.. bagus jugak kalo berpuasa 6 utk tingkatkan
::: keimanan selain menambah pahala & betulkan semula perut yg
::: dah biasa kosong pada bulan Ramadan sblm beralih kpd biasa..
::: apa2pon terima kasih along nazirah singgah di FP saya.. [huhu]
::: mmg mcm biasa, tiada rupa, manis ada leerr.. [hehe]
~ Selamat Hari Raya Aidilfitri bidasari maaf zahir batin..
::: [p/s] good luck in your coming exam.. semoga suksess!
Thu 16-Oct-2008 06:37
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
salam Along, husband akak study di Tsukuba University..member tu nak gi area mana ye? Nak smbg /master/phd ke? Wed 22-Oct-2008 11:01
Posted by:Liya  - [Link]
along.....afiq raser kan...,along try download ym bru pas2 uninstall ym lama blek...mkin ader virus dah attack kat memana2 celah dalam system tue....xpun try download antivirus manalah tau kut2
bley
Wed 29-Oct-2008 16:02
Posted by:afiq  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 7-Oct-2008 02:37 Email | Share | | Bookmark
::SALAM LEBARAN 1429H::

Salam Eidulfitri 1429H..

Semoga amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan diterima oleh Allah s.w.t. Urm.. dah lama tak sempat nak update FP ni.. Lepas ni InsyaAllah. bakal menyusul.. kita merancang, kita inginkan.. Allah juga merancang.. tetapi, perancangan Allah lebih baik...

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada sume yang melawat FP kerdil ni.. n minta maaf kalo ada salah silap sepanjang dok mencorat-coret kat dalam ni.. Harap dimaafkan ye..

Quote:

sekadar renungan....
“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Add comment


Monday, 22-Sep-2008 17:19 Email | Share | | Bookmark
::Sia-sia..:: Renung-renungkan...

::...::
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ”
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

(diambil dari laman SaifulIslam.com)

Ramadhan bakal berlalu.. Hari yang tinggal boleh dikira dengan jari-jemari.. Telah lengkapkah proses tarbiah diri dalam menanti detik pensiswazahan? Terasa masih banyak lompang-lompang yang lohong, kosong.. dalam diri.. Aku menyeru diri sendiri,.. tinggalkanlah segala ke'lagha'an.. dan kembalilah kepada fitrah!!



"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)." (Al-Anbiya': ayat 1)


Salam Along, Terima kasih atas peringatan..akak pun semakin lagha ni..Takut baca hadith n ayat quran tu Tue 23-Sep-2008 01:51
Posted by:Liya  - [Link]
Add comment


Thursday, 18-Sep-2008 17:35 Email | Share | | Bookmark
::Fasa II dan Fasa III::

::Sudah tercapaikah taqwa itu??::

Alhamdulillah,. sudah masuk minggu ketiga kita bepuasa. Kalau dihitung-hitung, menurut satu hadis Rasulullah,. Ramadhan, di awalnya Rahmat, pertengahannya Pengampunan dan akhirnya Pembebasan..

Jadi.. sekarang Fasa II pun dah nak habis.. dah nak masuk Fasa III.. Adakah fasa ini kita gunakan dengan sebaiknya?? Urgh.. Pertanyaan ini untuk diri jua.. Allah... Ampunilah dosa hambaMu ini..

Salam Along..Dah Fasa ke 3 kite ye..insyaAllah jom kite cuba kejar Lailatul Qadar Sun 21-Sep-2008 09:28
Posted by:Liya  - [Link]
Add comment


Thursday, 11-Sep-2008 20:02 Email | Share | | Bookmark
::dambaKASIH::

::...::
Salam.. semenjak praktikum, FP ni memang sangat sukar dijenguk. Kekangan masa yang begitu sukar untuk diladeni.. Walo macamanapun, itulah kelemahan diri, Allah dah bagi cukup masa 24 jam untuk setiap orang.. Terpulang macamana kita arrangekan masa tu.. Dalam praktikum ni, masa jadi huru-hara sikit, dengan kesibukan menulis RPH, menyediakan bahan bantu mengajar, asignmen, kajian... kelelahan,.. kelesuan...

Bukanlah nak mengeluh dengan segala tugasan.. Semua tu lumrah dalam kehidupan siswa siswi, apa yang lebih dirasai,. praktikum yang dijalankan sepanjang Ramadhan sedikit sebanyak mengganggu masa untuk ibadat khusus diri di bulan mulia ini... Err.. Tapi, rasanya perkara ni sekali lagi boleh diselesaikan dengan pengurusan masa yang berkesan...

Ya Allah.. hambaMu yang lemah ini mohon kekuatan dariMu.. Moga apa yang aku lakukan di dunia ini bukanlah hanya sesuatu yang sia-sia..

WELCOME TO FOTOPAGES....

SALAM PERKENALAN DARI AKAK ZAI KULIM...

DARI MANER NIE..??????KALAU DARI UTARA JOM JOIN TEAM FOTOPAGES NORTHERN...

LEH KENAL RAMAI LAGI...MEMBER BELAH UTAQA NIE...

.BORING-BORING TU SINGGAH LER KAT FOTOPAGES AKAK..
LEH KITA KENAL-KENAL...
FOTOPAGES AKAK KAT http://zbintim.fotopages.com

P/S=DAN JANGAN LUPA SERTAKAN LINK FOTOPAGES KO SENDIRI..BUKAN PER SENANG AKAK NAK KEMBALI KAT FOTOPAGES.INI SEMULA....

BYE..CAU CIN ..CAU
Fri 12-Sep-2008 04:57
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
Welcome back
"Dan ingatlah masa lapang mu sblm tibanya masa sibuk"
Posting kat mana sekarang ni? Tak lama lagi jadi cikgu betul2 la ye.
Congatulation to u
Mon 15-Sep-2008 22:06
Posted by:AM Azham Osman  - [Link]
Add comment


Wednesday, 3-Sep-2008 20:26 Email | Share | | Bookmark
::TazKiraH buAt DiRi::

::life is a journey::


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, AGAR KAMU BERTAQWA"
(Al-Baqarah : 183)

::Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum-sebelum ini.. untuk beroleh taqwa.. bekalan sepanjang perjalanan penuh ranjau ini...::

Ramadhan... Datangnya dinanti.. Perginya dirindui...

Salam Along, sedar tak sedar dah 10 hr kite puasa ye..nnt raya kat mana? Akak raya kat sini tak merasa sgt lah raya nya..raya kat rumah sendiri je...huhu..selamat berpuasa dan beribadah Wed 10-Sep-2008 03:55
Posted by:Liya  - [Link]
Add comment


Thursday, 28-Aug-2008 17:31 Email | Share | | Bookmark
::aHLAN yA rAMADHAN..::

Ahlan Ya Ramadhan….

Bismillahirrahmaanirrahiim… Dalam beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pantas masa berlalu, menemukan kita dengan Ramadhan tahun ini.. Alhamdulillah.

Merenung dalam diri, dengan segala kesibukan yang gagal direncana masanya dengan baik. Kadang diri rasa lesu, jauh dariNya. Alhamdulillah, ditemukan lagi dengan bulan tarbiah, bulan mendidik diri. Teringat artikel ustaz Haszrizal tentang ”Fasting: Stronger or Sleepier”. Dusyupp.. terasa terpukul juga, kerana seringkali merasa puasa menyebabkan diri letih, sukar buat tugasan berat, penat nak buat sebarang kerja, nak berfikir pun dah malas, apatah lagi nak buat aktiviti fizikal, bersukan, berjalan pegi surau, gotong-royong. Kadang bila puasa, asyik terlepek atas katil, tak lain, tido aje lah kejanya.

Quote:
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183, ”Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, AGAR KAMU BERTAQWA”


Diri bukanlah arif benor untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Namun, sekadar ingin berkongsi apa yang telah dibaca.

Quote:
Fasting is a mechanism to achieve Taqwa. You abstain yourself from eating and drinking, in order to achieve Taqwa. How is that?

TAQWA
Taqwa can be defined in many ways. But the conversation between Ubay bin Kaab and Umar al-Khattab was a good summary about the essence of Taqwa. Once, Umar asked Ubay what he knows about Taqwa. Ubay replied by asking him, “Have you walked through thorny path?”
Umar answered, “Yes, indeed”
Ubay then asked him, “What did you do?”
Umar replied, “I tucked up (my garment) and did my best (to avoid thorns)”
Thereupon Ubay said, “That is Taqwa!”
http://saifulislam.com/?p=827



Saya amat tertarik dengan analogi yang Ustaz Haszrizal gunakan. Hidup ibarat sebuah perjalanan. Seperti seorang pemandu yang memandu dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Di sepanjang perjalanan, pasti akan bertemu dengan banyak papan tanda lalulintas yang membatasi pemanduan. Kalau ingin memandu laju, di zon 60 km/j, kita tetap perlu mematuhi. Kenapa perlu mematuhi tanda isyarat ? Yups, tanda isyarat tu diletakkan untuk memastikan kita sampai ke destinasi dengan selamat. Di letakkan oleh orang yang pakar dalam bidangnya.

Samalah dalam melaksanakan Islam. Segala perintah dan larangan bukanlah menghalang atau mencabar hak kebebasan seseorang Muslim itu. Perintah dan larangan itu datangnya dari Yang Menciptakan, Yang Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk dalam hidup ini, kerana Dialah Penciptanya.. Segala perintah dan larangan adalah untuk keselamatan, kebahagian dan keharmonian hidup kita..

Quote:
“Someone who has the quality of Taqwa will take his journey like someone who walks through thorny path. He is a person with a full of consciousness about what is good and what is bad around him. He must also have a good self control, like a person who is good in controlling his car steering.”


Inilah asas puasa. Kita belajar untuk melatih kawalan diri. Baca lanjut di laman Saifulislam.com.. =)

Di kesempatan ini, sebelum Ramadhan menjengah lagi, diri ingin memohon berjuta kemaafan atas segala salah dan silap diri, sama ada dengan sengaja atau tidak disengajakan. Terima kasih atas teguran, nasihat. Moga ia membawa kebaikan kepada diri, untuk Islam. Sungguh-sungguh mohon ampun seandainya ada yang terasa atau terluka dengan kata dan tindak diri ini. Mohon juga kalau ada teguran untuk diri, bagitaulah.. Moga diri tidak terus leka. Saya sedar, diri ini bukanlah sebaik mana, jauh sekali untuk sempurna...

Moga Ramadhan kali ini, benar-benar dapat mendidik diri menjadi lebih bertaqwa.. Ya Allah... bantulah hambaMu ini..


Selamat berpuasa Along..semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dr yg sebelum ni..amin Raya tak balik lah..takde cuti n tiket pun mahal..puasa kat sini biasa2 je..takde makanan best2 cam kat mesia...sume kena masak sendiri...bukak posa kul 6 (kul 5 mesia)..tapi subuh awal..so masa puasa tu sama je ngan org mesia.. Tue 2-Sep-2008 03:15
Posted by:Liya  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com